Taylor Swift jual kediaman bernilai RM10 juta

Posted on
taylor

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan baharu sahaja berjaya menjual kediaman mewahnya dengan harga yang tinggi.

Kediaman yang terletak di Beverly Hills itu dijual dengan harga USD$2,65 juta atau kira-kira RM10 juta.

Menerusi beberapa foto yang tersebar kediaman ini memiliki reka bentuk yang moden dan minimalis.

Kediaman Taylor yang dijual.

Seluruh ruang juga direka sangat luas dan terbuka serta mendapat sinar matahari.

Ia turut dilengkapi empat bilik tidur dan lima tandas selain kolam renang dan gudang anggur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *