‘Team Pagi Suria’ belanja makan orang Pantai Timur

Posted on

Barisan penyampai Team Pagi Suria iaitu Shahrol (dari kiri), Fizi Ali dan Issey.

PETALING JAYA: Selepas kejayaan dalam siri konsertnya, Suria FM terus berusaha mendekatkan diri bersama pendengar di Pantai Timur dengan mengadakan program Team Pagi Suria Belanja Makan.

Ia bagi memperkenalkan barisan penyapai ‘Team Pagi’ iaitu Shahrol, Issey dan Fizi Ali.

Bukan itu sahaja, turut mengambil bahagian dalam mini jelajah ini penyampai SURIA lain seperti Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Acara yang akan bermula pada Sabtu ini akan membolehkan pendegrar untuk bersarapan pagi Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu pada pukul 8 pagi dan makan di Restoran Jamantori Recipe, Kuantan Pahang sebelah malamnya.

Seramai 100 pendengar bertuah akan diberi kesempatan merebut peluang ini dengan hanya menunjukkan aplikasi SURIA yang dimuat turun ke telefon mereka semasa acara berkenaan belangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *