Terhina ditawar RM1,500 pegang watak utama, ada pula kata Jalil Hamid tak bersyukur

Posted on

Luahan Jalil di Facebook. 

Menjelaskan mengenai perkara itu, Jalil berkata, dia bukannya tidak berterima kasih namun tugas sebagai seorang pelakon bukannya mudah seperti disangkakan dan seperti pekerjaan lain, dia juga mengharapkan usahanya dibayar setimpal dan berbaloi.

“Untuk pengetahuan kerja ini bukan sekadar kerja borong sahaja. Hasil kerja ini keluar mesti kena bagus dan berkualiti… Jadi kau berharap kerja dibayar setimpal dan berbaloi.

“Penggambaran bukan sekadar lapan jam, kadang-kadang sampai 18 jam. Lagipun bukan tiap-tiap hari aku dapat tawaran kerja. Kadang nasib sebulan ada sekali itu pun peranan ‘runcit-runcit’.

“Biasanya untuk pelakon utama veteran ni adalah dua atau tiga kali setahun… Kadang-kadang tidak ada. Aku pun berkeluarga perlu hidup sederhana macam orang lain. Berjimat? Bukit hari-hari kalau di tajak pun habis,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Jalil Hamid

Mstar