Terima kasih masih ingat Lucy – Angeline Tan

Posted on

Angeline Tan

PELAKON yang terkenal dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu iaitu Angeline Tan mengakui masih dikenali dengan nama Lucy biarpun sudah 24 tahun drama tersebut berlalu.

Angeline, 51, berkata, wataknya dalam drama komedi itu terlalu kuat sehingga setiap hari dia ditegur dengan nama itu berbanding nama sebenarnya.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu sangat bermakna buat saya biarpun sudah 24 empat tahun kita meninggalkan drama itu tapi orang masih memanggil saya dengan nama Lucy.

“Setiap kali keluar rumah akan ada yang menegur saya Lucy. Terima kasih kerana masih mengingati saya,” ujarnya.

Angeline Tan ditemui pada majlis pengumuman teater Tanah Akhirku yang diadakan di Istana Budaya.

Pementasan teater tersebut akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 2 September depan.

Angeline Tan (kanan) bawa watak ibu kepada Mei Fan.

Tambahnya, dia tidak marah malah berbangga kerana masih ada yang ingat dirinya sebagai salah seorang pelakon sitkom tersebut.

Dalam pada itu, Angeline berkata, pada usia sekarang dia sering menerima watak sebagai ibu dan nenek.

Katanya, kekangan bahasa juga membuatkan dia jarang muncul dalam drama-drama Melayu.

“Saya masih aktif terutama dalam drama-drama Cina dan selalu bawa watak ibu atau nenek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *