"Terima kasih minat saya" – Fazura jawab tuduhan 'dating' dengan pereka fesyen

Posted on

Fazura tenang membalas komen individu yang cuba membuat provokasi di laman Instagramnya.

PELAKON Nur Fazura secara sinikal membalas komen seorang individu yang cuba melakukan provokasi di laman Instagramnya.

Fazura, 34, berkata dia berterima kasih kepada individu tersebut yang sentiasa mempunyai masa terluang melihat segala aktivitinya.

Menurut pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini, suaminya iaitu pelakon Fattah Amin seorang yang penyayang dan turut menyayangi sahabat-sahabatnya.

“Sudah tentu awak tahu sebab awak kan peminat setia saya. Sentiasa luangkan masa awak fokus segala yang saya buat.

Fazura membalas komen individu yang cuba melakukan provokasi terhadapnya.

“Terima kasih. Saya sangat rendah diri. Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya.

“Setiap kali dia sibuk bekerja, dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya,” tulis Fazura di ruang komen tersebut.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga mengajak pemilik akaun bernama @smith.kimi23 tersebut turut meluangkan masa bersama rakan-rakannya.

“Kalau awak nak turut serta marilah. Awak boleh duduk dengan kami. Lots of love! Terima kasih minat kat saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *