Tiket konsert WINNER & iKON di Kuala Lumpur laris!

Posted on

Kumpulan kpop terkenal WINNER dan iKON bakal mengadakan konsert mereka di Malaysia pada 13 dan 14 Oktober ini.

TIKET konsert kumpulan Kpop terkenal WINNER dan iKON yang akan menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 dan 14 Oktober ini laris dijual.

Konsert anjuran MacpiePro itu mendapat sambutan hangat apabila dua kategori tiket iaitu RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) untuk kedua-dua kumpulan itu laris sejak 23 Ogos lalu.

Lain-lain zon tiket yang masih boleh didapati ialah RM693 (Zon iKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah TETAPI TERHAD), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu).

Konsert iKON Continue Tour in Kuala Lumpur dan WINNER 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur itu akan bermula pukul 6 petang.

Ini adalah penampilan pertama WINNER di Malaysia manakala kedua buat iKON di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *