Tom Cruise buktikan masih hebat dalam ‘Mission: Impossible – Fallout’

Posted on

Filem: Mission: Impossible – Fallout

Pengarah: Christopher McQuarrie

Pelakon: Tom Cruise, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames, Michelle Monaghan, Alec Baldwin, Sean Harris, Henry Cavill

Genre: Aksi

Durasi: 2 jam 30 minit

Pengedar: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 26 Julai 2018

SEBELUM melangkah ke panggung wayang untuk menyaksikan filem Mission: Impossible – Fallout, penulis meletakkan harapan menggunung untuk siri popular itu.

Manakan tidak, filem yang sebati dengan aktor popular Tom Cruise ini sememangnya mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri.

Ternyata, ia masih lagi berbisa seperti siri-siri terdahulu sejak ia diperkenalkan 22 tahun lalu.

Paling mencuri tumpuan pastinya teraju utama filem itu, Tom Cruise yang cemerlang mempamerkan lakonan mantap penuh energetik biarpun usianya kini sudah mencecah 56 tahun.

Tom Cruise dalam adegan Mission: Impossible – Fallout.  

Lebih mengejutkan, Tom Cruise melakonkan sendiri aksi-aksi lasak untuk karya itu termasuklah aksi terjunan HALO (high altitude low open) dari sebuah pesawat pada ketinggian 25,000 kaki.

Selain Tom Cruise, barisan pelakon lain seperti Rabecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames, Alec Baldwin dan Henry Cavill juga mempamerkan lakonan mantap menerusi filem berdurasi 2 jam 30 minit itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *