Ucapan romantik G.O buat kekasih sempena 400 hari bersama

Posted on

G.O bangga memiliki Choi Ye Seul sebagai kekasih yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

PENYANYI G.O dan kekasihnya Choi Ye Seul berkongsi ucapan romantik di laman sosial bersempena 400 hari sebagai pasangan bercinta.

Menerusi laporan Allkpop, G.O memberitahu dia bangga memiliki kekasih yang setiasa menyokongnya dan beri sepenuh kasih sayang.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kita sempena 400 hari bersama. Saya bangga ada awak yang sentiasa berikan sokongan dan kasih sayang sepenuhnya.

“Mari jadi lebih gembira! Saya sayang awak Ye Seul,” tulis G.O di laman Instagramnya pada Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *