Wani Kayrie hadiahkan kereta bersempena hari jadi ibunya

Posted on

Penyanyi Wani Kayrie menghadiahkan sebuah kereta Honda BRV bersempena hari jadi ke-40 ibunya pada Ahad. Foto Instagram @wanikayrie

PETALING JAYA: Penyanyi Wani Kayrie membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda BRV kepada ibunya, Kay Sabah bersempena ulangtahun ke-40 wanita itu.

Wani menerusi Instagramnya memberitahu dia membeli kereta itu hasil daripada rezekinya dalam bidang nyanyian dan memilih Honda BRV yang menjadi pilihan ibunya.

“Alhamdulillah. Tahun ini ada rezeki lebih kita hadiahkan Mama kereta yang dia nak.

“Selamat hari jadi Mama @kaysabah. Harap Mama suka dengan hadiah daripada kami!

Kay teruja dengan hadiah diberikan oleh anaknya.

“Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa. Semoga sentiasa kekal muda dan terus bertenaga! Sayang Mama!,” tulisnya.

Wani turut memuat naik video dia membuat kejutan kepada ibunya pada Ahad.

Menerusi video itu memperlihatkan ibunya yang berbaju blaus biru memakai penutup mata sebelum anak-anaknya membuat kejutan dengan memberikan kereta tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *