Wartawan hiburan timba ilmu penulisan skrip

Posted on

Wartawan hiburan menuntut ilmu mengenai penulisan skrip.

SEPANG: Wartawan hiburan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan skrip yang baik berdasarkan kepada kebolehan mereka dalam bidang penulisan.

Produser Datuk Yusof Haslam berkata, suatu ketika dahulu Aimi Jarr yang bekerja sebagai wartawan tetapi berkebolehan menghasilkan skrip kerana hubungan baiknya dengan P. Ramlee.

“Zaman dahulu Aimi Jarr juga membuat skrip selepas dia menimba ilmu dengan P. Ramlee dan wartawan hari ini juga boleh berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Seni Kreatif (Penulisan Skrip) 2018 anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Movenpick Hotel Convention Centre, KLIA di sini pada Sabtu.

Bengkel selama dua hari itu bertujuan mendedahkan pengamal media terhadap kemahiran penulisan skrip.

Selain Yusof, antara ahli panel lain ialah penulis Siti Jasmina Ibrahim dan pelakon Yana Samsudin.

Yusof Haslam berkongsi mengenai penulisan skrip berkesan.

Yusof menambah, sesebuah skrip yang dihasilkan bergantung kepada bakat dan kreativiti seseorang yang mana ia merupakan satu anugerah.

Katanya, sesebuah karya yang gagal daripada segi kutipan tidak bermakna skrip dihasilkan tidak baik tetapi ia mungkin gagal mempengaruhi hati penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *