Westlife kembali bergabung selepas enam tahun berpecah

Posted on

Westlife bakal kembali bergabung semula selepas enam tahun membawa haluan masing-masing.

KUMPULAN pop terkenal Westlife dilaporkan bakal kembali bergabung selepas kali terakhir mengadakan persembahan bersama sekitar enam tahun lalu.

Menurut laporan Irish Sun, kumpulan itu sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Group dan sedang dalam proses merakamkan album terbaharu mereka.

Bagaimanapun, Brian McFadden yang meninggalkan kumpulan itu pada 2004 tidak akan bersama-sama untuk penyatuan semula itu.

Westlife dianggotai oleh Shane Filan, Markus Feehily, Nicky Byrne dan Kian Egan.

Dalam pada itu, penyanyi Ed Sheeran dilaporkan menyumbangkan lagu untuk single terbaharu Westlife yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *