Yana Samsudin akui cuai, anak terima jahitan di kening

Posted on

Yana mohon maaf pada anak dan suami atas kecuaiannya. Foto Instagram: @yanasamsudin.

PELAKON Yana Samsudin meluahkan rasa kesal atas kecuaiannya sehingga menyebabkan anak sulungnya, Aisy Mateen cedera di bahagian kening.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 34, berkata dia tidak menyedari anaknya yang berusia dua tahun itu berlari sehingga terjatuh dan terhatuk kepala di meja kaca.

Menerusi laman Instagram Yana memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka pulang ke kampung Yong Peng, Perak pada Khamis.

“@aisymateen Mommy minta maaf sangat malam semalam. Tak jaga Mateen dengan baik. Minta maaf @fadzilzahari.

Anak Yana terima beberapa jahitan di kening.

“Kami balik kampung Yong Peng semalam. Dalam beberapa saat saja mommy tak tengok Mateen, Mateen lari dan jatuh terhantuk meja kaca,” katanya.

Yana turut memuat naik foto anaknya yang menerima beberapa jahitan di bahagian kening menerusi laman sosial.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Mateen cepat sembuh dan ada juga segelintir netizen yang beranggapan insiden itu akan tetap terjadi biarpun anak sudah dipantau dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *