Yayasan artis hulur sumbangan ringankan beban Zaibo

Posted on

Zaibo (kanan) menerima kunjungan ahli lembaga pengarah YKAT, (dari kiri) A. Rahman Hassan, Colin Lionel Edmonds dan DJ Dave. FOTO: YKAT

PETALING JAYA: Penderitaan pelawak Zaibo yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dekat sini akibat kanser esofagus sedikit berkurangan apabila beliau dikunjungi teman artis selain menerima sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT).

Menurut Presiden YKAT, Datuk DJ Dave, lawatan mereka itu bertujuan untuk memberikan semangat kepada Zaibo dalam melawan penyakit tersebut.

“Kami harap kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini dapat memberikan semangat kepada Zaibo untuk melawan penyakit yang dihidapinya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya down, kenapa tahap 4?” – Zaibo lalui fasa sukar hidap kanser

Zaibo menerima sumbangan daripada YKAT.

Turut hadir menziarahi pelakon berusia 62 tahun ini ialah Ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A. Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds.

Zaibo atau nama sebenar Zainal Ariffin Abdul Hamid dimasukkan ke hospital berkenaan pada Isnin lalu.

Dalam kunjungan tersebut, YKAT turut menyerahkan sumbangan kepada pelawak yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya itu.

“Semoga dengan sedikit bantuan yang diberi oleh kami ini dapat membantu Zaibo dan keluarga,” kata DJ Dave.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *