Yoo Sang Moo & Kim Yeon Ji kahwin 28 Oktober

Posted on

Pasangan ini bakal berkahwin pada Oktober depan selepas empat tahun menjalinkan hubungan.

PELAWAK Yoo Sang Moo dan penerbit muzik Kim Yeon Ji telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

Menurut agensi Yoo Sang Moo, majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada 28 Oktober depan di Hotel Seoul Yeouido Conrad.

Menerusi laporan Soompi, hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang akan dijemput untuk meraikan hari bahagia pasangan itu.

Permulaan percintaan Yoo Sang Moo dan Kim Yeon Ji bermula selepas mereka bekerja bersama-sama pada tahun 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *