Zamani, Amelina dan Shafie dapat penghormatan juri minggu pertama GV5

Posted on

SHAH ALAM: Konsert pembukaan program Gegar Vaganza (GV) 5 menyaksikan tiga orang peserta menerima ‘standing ovation’ daripada barisan juri.

Penyanyi yang mendapat penghormatan tersebut ialah Shafie (Rio), Amelina, dan Zamani.

Amelina turut menyampaikan persembahan memukau menerusi lagu Rindu.

Shafie menyanyikan lagu Layu Di Hujung Mekar manakala Amelina membawakan lagu Rindu dan Zamani tampil memukau dengan Gerimis mengundang.

Turut menyajikan persembahan bertenaga ialah Safura, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Noryn Aziz.


Shafie (Rio) membuktikan dia masih berbisa menerusi lagu Layu Dihujung Mekar

Selain dari itu, kumpulan Elite, duo Billy Zulkarnain dan kumpulan Forteen memecah tradisi dengan penyertaan mereka sebagai artis berkumpulan dalam program tersebut.

Tidak terlepas persembahan Hetty Sarlene dan Farahwahida yang mengimbau kenangan peminat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *