Zamani dedah hasrat Saleem sertai Gegar Vaganza tidak kesampaian

Posted on

Zamani dan Hattan menziarahi jenazah Allahyarham di HUKM.

KUALA LUMPUR: Hasrat Allahyarham Saleem (Iklim) untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza tidak kesampaian.

Perkara itu didedahkan oleh rakannya, penyanyi Zamani Slam yang pernah bercakap mengenai perkara itu dengan Saleem beberapa tahun lalu.

“Kami ada berbual dan bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sewaktu dia sihat.

“Saya amat terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan sedar. Saya ada melawatnya selepas kemalangan namun dia tidak boleh bercakap.

“Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Saleem Iklim meninggal dunia selepas sebulan kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Saleem cedera kemalangan, motosikalnya dilanggar kereta dari arah belakang


Saleem meninggal dunia pagi Ahad.

Zamani ditemui ketika menziarahi jenazah Allahyarham Saleem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di HUKM pada pagi Ahad.

Penyanyi berusia 57 itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *