Zara Zya akui "tak patut muat naik status tu"

Posted on

Zara menyedari dia tidak sepatutnya memuat naik kenyataan ketika sedang beremosi. Foto: SHAARI CHEMAT.

PELAKON Zara Zya menganggap apa yang berlaku antara dia dan kekasihnya, Hafreez Adam sebagai asam garam pasangan bercinta.

Zara, 32, berkata dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai status hubungan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Biasalah adat pasangan bercinta. Ada naik dan turunnya. Tapi saya memang tak nak komen apa-apa mengenai hubungan kami.

“Takut nanti saya keluar kenyataan lebih-lebih boleh mengeruhkan keadaan kedua-dua belah pihak,” kata Zara kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya sanggup jadi maskot, ‘prank’ Hafreez Adam


Status yang dimuat naik Zara dan Hafreez seakan menggambarkan hubungan mereka kini.

Zara ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tiada Dendam ini ada memuat naik status seakan menggambarkan hubungannya dengan Hafreez kini mempunyai masalah.

Kata Zara, dia menyedari status tersebut tidak sepatutnya dimuat naik namun pelakon itu mengakui tindakan itu dilakukan ketika dalam keadaan beremosi.

“Saya tidak sepatutnya memuat naik status seperti itu. Tetapi waktu itu hati saya tengah panas dan terlalu menurut perasaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *