Zizan Razak lebih berhati-hati, jaga mulut

Posted on

Zizan akan diberi garis panduan sebelum memulakan program.

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak mahu menjadi diri sendiri ketika mengendali program temu bual terbaharu bersama Johan iaitu Jozan Live.

Zizan, 34, berkata dia menyedari bukan senang untuk mengembirakan semua orang namun dia akan menjaga sensitiviti dalam setiap pertuturannya.

“Nak kata berhati-hati itu, tidaklah. Tapi Saya nak jadi diri sendiri. Masing-masing ada pendapat tersendiri.

“Lagipun susah nak gembirakan semua orang. Macam mana pun, saya akan diberikan garis panduan dan berbincang sebelum program bermula.

Johan dan Zizan kembali bergandingan menerusi Jozan Live selepas tujuh tahun.

“Sudah tentu akan menjaga sensitiviti. Apa yang penting, program ini bertujuan untuk menghiburkan penonton,” kata Zizan kepada mStar Online. 

Program Jozan Live yang mempunyai 40 episod sudah mula ditayangkan sejak Selasa lalu bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Zizan teruja bakal berlakon dengan seniwati legenda terkenal Indonesia, Christine Hakim yang juga disegani sebagai Juri Festival Filem Cannes.

“Jalan cerita drama ini mengisahkan tentang kekeluargaan. Saya teruja menerima tawaran ini setelah melihat barisan pelakon senior yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *