Zynakal lancar lagu di Sri Lanka bukan kerana berasal daripada keluarga kaya

Posted on

Zynakal tampil dengan single pertamanya, Terbang.

COLOMBO: Penyanyi baharu Zynakal menafikan dakwaan yang beranggapan dia mampu melancarkan single pertamanya Terbang di Sri Lanka disebabkan dia berasal daripada keluarga berada.

Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, 20, sebaliknya berkata dia memilih destinasi tersebut kerana mahu memenuhi impian ibunya, Zuraidah Ibrahim yang belum berpeluang mengunjungi negara itu.

“Saya bukan datang daripada keluarga berada seperti yang diperkatakan tapi saya sendiri yang berusaha keras mencari penaja untuk membawa saya dan rakan-rakan ke Sri Lanka.

“Selain itu juga, saya mahu memenuhi impian ibu yang teringin sangat datang ke sini tapi tak pernah dapat peluang itu.

“Kiranya, saya mewakili ibu datang ke sini dengan melancarkan single pertama saya berjudul Terbang,” kata Zynakal kepada mStar Online.

Zynakal pernah mencipta lagu untuk Haqiem Rusli dan Sufian Suhaimi.

Selain ibu dan rakan-rakannya, Zynakal turut menerbangkan wartawan dari Malaysia bagi memeriahkan majlis melancarkqn lagu pertamanya itu di Galle Face Hotel, di sini pada Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *